Pengambaran Ke Kampung Bekiau - Menuai Padi 30 Ogos 2009
Kami mengambil masa setengah hari untuk membuat pengambaran di kampung bekiau Tutong. padi lela yang mempunyai ketinggian hanya separas lutut dituai seluas 7 ekar milik Petani yang menatap dikampung Bekaiu.








Ada 2 cara yang mereka lakukan bagi penuaian padi ini...pertama dengan cara memotong serumpun padi sebelum ianya diasingkan .



kedua dipanggil mengatam padi iaitu dipotong pada tangkai padi... Kami juga diberi peluang untuk mencuba dan sama-sama mengatam padi




Padi-padi yang telah dipotong tadi dibawa ke tempat pengisar untuk mengasingkan buah-buah padi






Begini bentuk mesin yang telah berusia 40an tahun digunakan dengan mengunakan tenaga.


dalam pengambaran tersebut kami sempat mengambar binatang-bintang ...salah satu darinya dipanggil belingkasa .
18.09.2008 Gerai Ramadhan Gadong
Di Bulan Ramadhan ini memang banyak dugaan yang diharungi walau bagaimanapun kami berpeluang merakamkan pengambaran luar di Gerai Ramadhan Gadong, ini juga adalah salah satu Aktiviti tahunan Persatuan Jurufoto Brunei.
Dalam pengambaran tersebut ...macam macam juadah yang dijual, hanya tinggal pilih mana satu yang suka, beranika jenis, bermacam warna. Mau rasanya ku beli kesemua untuk juadah penyungkaian
Inilah antara kemeriahan suasana dibulan ramadhan disamping kita menunaikan ibadah puasa.
outing 1
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
31.08.2008 Ujong Pelumpong
Ini adalah pengalaman baru bagi saya membuat pengambaran dengan mengunakan motor sangkut dipagi hari hanya bertujuan menyempati merakam suasana pantai diwaktu matahari sedang terbit, keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha esa.